Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Piperaceae bertaburan asal dari Kerala, subbenua India dan tersebar di kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan buah pepauhnya yang dijadikan sejenis rempah baik dalam bentuk segar (sama ada yang matang atau belum) mahupun serbuk; rempah ini tidak sahaja penting dalam masakan malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak dahulu kala lagi. Pokok lada sejenis tumbuhan saka yang menjalar pada sebarang tiang sokongan sehingga 4 meter. Dedaunnya tumbuh setentang, setiap helai daun berbentuk bulat telur meruncing di hujung dengan lebar 3-5 atau 6-10 sm serta panjang dan 5-10 atau 12-18 sm panjang. Akarnya jenis tunjang.
Bunga yang muncul tumbuh dari tangkai mencabang sepangkal dengan sesetengah daun tertentu, bunga yang disenyawakan akan menghasilkan buah sambil memanjang antara 5 hingga 12 sm. Buah yang terbentuk sempurna diukur kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter sebiji, bertukar warna kepada merah gelap apabila matang sepenuhnya. Setiap ranting dapat menghasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai dengan panjang antara 4 hingga 15 sm.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar